dalam part 2 tadi aku ceritakan pasal peranan PGM...
dalam part 3 nih aku akan ceritakan pulak pasal nasib PGM buat masa sekarang...
PGM kian tertindas dengan adanya APMM...
ikutilah kisah cerita PGM di bawah...
Salam Sejahtera Saudara ku seperjuangan, semua anggota PDRM dan khususnya pegawai dan anggota PGM. Saya faham saudara-saudara sekalian sentiasa menunggu jawapan dari saya tentang mesyuarat yang berjalan semalam. Saya mohon banyak maaf kerana tidak sempat untuk menyebarkan maklumat ini semalam disebabkan kesibukan.
Saya meminta saudara semua bertenang dan bersabar, banyakkan berdoa kepada Allah, kerana allah juga yang akan menetapakn dan memutuskan segalanya. Tiada ada maknanya jika apa juga perjuangan dan perjalanan hidup kita, jika kita membelakangkan Allah. Allah juga yang memiliki kerajaan yang paling besar dari segala kerajaan di dunia, Allah juga raja yang paling agong dan maha tinggi, oleh itu tetapkan kiblat kita kepada Allah subha nahu wa ta'ala. Inshaallah janji Allah, Allah akan tetap bersama pihak yang benar.
Keputusan mesyuarat semalam adalah, Kerajaan telah memutuskan supaya APMM menjadi agensi tunggal PENGUATKUASAAN, maritim selepas ditubuhkan. Oleh itu APMM perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diberikan kerajaan. Walau bagaimana pun APMM tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana kekurangan aset pangkalan dan kurang pegawai dan anggota yang berkemahiran.
Kerajaan telah memutuskan supaya Pangkalan PGM dan aset-aset PGM diserahkan kepada APMM. Pegawai dan anggota PGM diberikan dua pilihan samaada hendak trus kekal di dalam PDRM atau pun menerima opsyen untuk memasuki APMM.
Walau bagaimana pun KDN dan PDRM tetap menegaskan bahawa unit marin amat diperlkukan di dalam mana-mana pasukan polis di dunia yang mempunyai kawasan perairan. Peranan utama PDRM adalah mengawal keselamatan Dalam Negeri, menjaga keselamatan dan kesejahteraan awam, dan penguatkuasaan undang-undang. Untuk melaksanakan tugas ini kita perlu ada unit marin.
Oleh itu TPM telah mengarahkan satu jawatan kuasa teknikal yang diketuai oleh KSN ditubuhkan untuk membuat perbincangan bagi memutuskan pangkalan mana, bot-bot jenis mana yang akan diserakan kepada APMM dan selebihnya akan terus kekal dalam PDRM. Ini akan diputuskan kemudian.
Oleh demikian saudara-saudara semua bolehlah befikir dari sekarang sama ada hendak terus keka dalam PDRM atau masuk berkhidmat di dalam APMM. Bagi saya, saya telah pun buat keputusan dari awal dahulu, saya akan terus kekal di dalam PDRM kecuali kerajaan mengarahakn saya untuk mengambil alih pucuk pimpinan APMM mungkin saya akan pertimbangkan juga.
Oleh demikian, buat masa ini lupa kan soal itu, apa yang penting ialah kita teruskan perjuangan kita, laksanakan tugas kita dengan lebih mantap dan berkesan. Kita perlu lebih tekun dan aggresif dalam tugas kita membanteras jenayah dan perlanggaran undang-undang. Percayalah walau apa sekali pun, PGM akan tetap terus wujud, tetapi mungkin dengan peranan dan fungsi yang berlainan dan lebih mencabar. Kita sedang merangka rancangan itu. Teruskan perjuangan, tunjukkan kepada negara dan dunia, kita sememangnya berwibawa dan perkasa, bukan hanya setakat telah wujud lebih 60 tahun sahaja, tetapi benar-benar boleh memberikan menafaat kepada bangsa dan negara. Sekian wassalam.
by: isa munir isa
credit: Last Line Of Defence
p/s: bersambung..
No comments:
Post a Comment