hari ni aku nak wat pos pasal salah satu entiti pasukan Polis DiRaja Malaysia..
ye la kan, xkan la hari2 nak post pasal cinta cintun...
boring la mcm tu...
atleast korang yg baca pasal entry ni tau serba sedikit pasal salah satu entiti yang berada di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia...
nih serba sedikit pasal sejarah Pasukan Gerakan Marin...
Pasukan Gerakan Marin ditubuhkan sebagai Pasukan Polis Marin di Pulau Pinang pada tahun 1947 dengan jumlah keanggotaan seramai 90 pegawai dan anggota dan 19 buah bot laju, sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan (kini Tentera Laut Diraja Malaysia yang ketika itu masih di bawah pengaruh British). PPM ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir laut, khasnya lanun dan pendatang asing tanpa izin serta mencegah penyeludupan dari laut. Peranan PPM pada ketika itu terhad kepada aktiviti pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Johor dan kawasan Pelabuhan Pulau Pinang sahaja.
PPM telah melalui pelbagai proses pembaharuan dan pembesaran sama ada daripada aspek fungsi, peranan tanggungjawab, infrastruktur mahu pun kemudahan logistik. Pada tahun 1960-an, pembesaran PPM amat ketara dengan penambahan 40 buah bot ronda kelas PX (kayu) dan penambahan bilangan anggota. Pada tahun 1970-an kajian pembesaran PPM diluluskan sejajar dengan pewartaan Zon Ekonomi Ekslusif Negara. Justeru itu bilangan bot dan anggota turut ditambah iaitu ronda kelas PX (besi) dan 15 bot ronda kelas PZ. PPM turut memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih luas serta mencabar seperti mencegah dan membanteras kemasukan pendatang haram, pencemaran laut, pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing, penyeludupan dan kegiatan jenayah rompak. Perubahan dan pembaharuan yang dilakukan adalah semata-mata untuk menjadikan PPM sentiasa relevan dengan keadaan semasa demi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keamanan masyarakat maritim khususnya dan kedaulatan perairan negara amnya.
Pada 24 November 2008, kemudahan infrastruktur serta sumber tenaga manusianya di mana sebanyak 41 buah Pangkalan Marin di seluruh negara telah ditambah fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawabnya menjadi Balai Polis Pantai dan Pondok Polis Pantai yang mana peranan dan fungsinya seperti sebuah balai dan pondok polis biasa.
Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.
Pada 6 Februari 2009 bertempat di Pusat Latihan Marin Tampoi, Johor, majlis pengistiharan penukaran nama Pasukan Polis Marin kepada Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah disempurnakan oleh Dato' Seri Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, bekas Menteri Dalam Negeri.
p/s: sumber dari wikipedia
No comments:
Post a Comment