Sunday, February 27, 2011

eleh..

hye... skali lagi slamat petang. hee
ni aku ada crita pasal mangaads aku nih...
dh dekat nak 3 bulan aku pakai bende nih...
bru semalam nak berputik a.k.a ber"income"..
tersengeh jugak la aku tengok dalam acc aku tuh..
xbanyak mana pun..
tp ok la jugak..
niat aku nak berblog nih bkn pasal duit..
tp pasal minat..
duit tu kalau nak masuk aku persilakan jugak..
hee.. walaupun ckit aku tetap gembira...
thanks mangaads..
weeeeee.....

oh no!!

hye sume.. slamat petang..
aku dh lama x update blog nih...
so hari ni aku bertekad nak update blog..
heee... aku nak tanya korang....
penyakit apa kalau kena kat kulit terus kulit kita jadi merah??
hmm?? tau ke x nih...
haha... tp entry ni bkn pasal aku nak berteka-teki ngan korang...
kalau nak berteka-teki tu nanti aku bukak entry lain la...
so.. entry ni aku nak cerita pasal sunburn atau dlm bahasa Malaysia "matahari terbakar"..
haha.. direct translate kot....
heee...
ok.. sunburn nih salu terjadi kat orang asia biasanya..
sebab kulit kita ni x sama ngan kulit org putih...
so xpayah la korang nk berjemur kat pantai tu....
sunburn ni tidak akan menyebabkan penuaan...
sunburn terjadi jika kita terlalu terdedah dengan sinaran UV(ultra violet) bkn ultraman...hehe
tanda2 terjadinya sunburn ialah; kulit menjadi merah walaupun kulit agak gelap, ada bengkak2 kat kulit dan kulit mengelupuh...
cara utk mengelak drpd terkena sunburn ialah:
  • elakkan dr terkena sinaran matahari antara jam 10 pagi dan 4 petang
  • gunakan "sunblock"
  • pakai baju yang berwarna cerah seperti putih (memantul haba)
  • pakai kacamata yg menyerap 90% sinaran UV
 kesimpulannya, jangan la terlalu expose diri anda kat tengah panas..
sayangi diri anda kerana diri anda begitu berharga...
hahaa... adios..

Thursday, February 24, 2011

OPS PIRAMID

salam kpd readers semua....
mesti korang ada dengarkan kejadian yg berlaku kat Mesir sebelum nih..
sapa2 ada saudara kat sana tu jgn la tersinggung dgn post aku nih....
skadar nak berkongsi je dgn korang sume nih...
disebabkan negara Mesir telah bergolak, kerajaan Malaysia dengan pantas telah mengaturgerak operasi menyelamat rakyat Malaysia di Mesir....
operasi tersebut diberi nama "OPS PIRAMID".....
ikuti rentetan cerita di bawah....

From: ishak isa
To: majorNor sulaiman
Sent: Sunday, 13 February 2011 6:11:14
Subject: ops piramid


Dunia dah tau President Hosni Mubarak dah resign....
Revolusi Mesir dah selesai hanya menunggu apa kah pembaharuan yg akan terjadi.

kali ini nak cerita apa yang saya buat semasa berlakunya revolusi ini....

1.  Menjadi sukarelawan  bertugas dalam bilik gerakan yg terletak di tingkat 4 bangunan kedutaan besar Malaysia Kaherah (KBMK)di Mohandessine. KBMK jaraknya kira kira 150 meter dari kediaman kami dan 3km dari Medan Tahrir.

2.Tugas utama menjawab segala pertanyaan dan menyampaikan maklumat kepada  semua pihak termasuk , ibu bapa , pelajar, POTU, Pusat Operasi Armada TLDM ., Lumut dan macam macam......................dan bersedia untuk kena marah, kena  arah, kena kecam, dan ada yg ajar apa yg patut saya buat untuk selamatkan anak anak mereka....... Yang paling saya sedih apabila ada ibu bapa yang marahkan kami kerana beri makan anak mereka makan yg tak sedap...........dan ada anak anak  orang orang yg berada yg terkandas di Airport marah wakil kami kerana beri mereka makan roti dan bukan nya nasi lemak...............sebenar mereka ini dah ada tiket untuk balik ke malaysia  atau pergi holiday  ke Europe. they are not in the evacuation list.......emak bapak depa ni lah yg paling mengada ngada........sombong dan ...................................They have forgotten it was emergency....dalam keadaan kecemasan pun depa mau anak depa di layan seperti biasa...aparaaaaa.

3.Yang hendak di evacuate, majoriti  nya anak anak orang biasa biasa je...so, depa  ikut kita punya arahan  yang di sampaikan melalui wakil pelajar dan pegawai rumah negeri yg berada di Cairo dan Iskandariah.

4. Last Friday 11, Feb  tidak lagi bertugas dan menjalankan kehidupan  seperti biasa.........

5. Ops Piramid ini juga memperlihatkan kelemahan pentadbiran pihak berwajib di kaherah dan juga sikap pegawai yg bertugas di sini.........blaming each other on simple things and personal grievences menjadi isu besar dan accountability kurang.....Pihak pihak  yg datang  dari malaysia  lebih banyak menggangu dari membantu......................................

Walau bagaimanapun,  semuanya dah selesai , I am glad that I was one of them who make Ops Piramid a success.....................

major Ishak in cairo.

untuk melihat gambar korang klik je kat cni...

credit:XNURIPILOT

Friday, February 18, 2011

Pasukan Gerakan Marin [Last Part]

dh 3 part aku post pasal PGM nih...
kalau korang mmg alert korang mesti perasan dengan masalah yang dihadapi oleh PGM ni...
bkn aku nak lebih2 tp ni la kenyataan...
satu entiti yang sudah lama tidak lagi dipandang tinggi...
malahan bagaikan di anak tirikan...
di facebook dah heboh pasal pembubaran PGM...
yg sedihnya PGM yg dh lebih 60 tahun terpaksa berundur demi kepentingan pihak tertentu...
yang jadi mangsa ialah anggota yang berkhidmat dibawah Panji2 Pasukan Gerakan Marin...
adakan tangan2 hitam ini sanggup untuk mengetepikan pengalaman dan kemampuan PGM yg berkemampuan utk menjaga keselamatan dilaut??
adakah mereka juga sanggup utk membubarkan panji2 yang telah dianugerahkan oleh YDPA kepada PGM??
nak tau rintihan hati anggota PGM?? tekan je kat cni...

p/s: bkn unsur politik..

Pasukan Gerakan Marin [Part 3]

dalam part 2 tadi aku ceritakan pasal peranan PGM...
dalam part 3 nih aku akan ceritakan pulak pasal nasib PGM buat masa sekarang...
PGM kian tertindas dengan adanya APMM...
ikutilah kisah cerita PGM di bawah...

Salam Sejahtera Saudara ku seperjuangan, semua anggota PDRM dan khususnya pegawai dan anggota PGM. Saya faham saudara-saudara sekalian sentiasa menunggu jawapan dari saya tentang mesyuarat yang berjalan semalam. Saya mohon banyak maaf kerana tidak sempat untuk menyebarkan maklumat ini semalam disebabkan kesibukan.

Saya meminta saudara semua bertenang dan bersabar, banyakkan berdoa kepada Allah, kerana allah juga yang akan menetapakn dan memutuskan segalanya. Tiada ada maknanya jika apa juga perjuangan dan perjalanan hidup kita, jika kita membelakangkan Allah. Allah juga yang memiliki kerajaan yang paling besar dari segala kerajaan di dunia, Allah juga raja yang paling agong dan maha tinggi, oleh itu tetapkan kiblat kita kepada Allah subha nahu wa ta'ala. Inshaallah janji Allah, Allah akan tetap bersama pihak yang benar.

Keputusan mesyuarat semalam adalah, Kerajaan telah memutuskan supaya APMM menjadi agensi tunggal PENGUATKUASAAN, maritim selepas ditubuhkan. Oleh itu APMM perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diberikan kerajaan. Walau bagaimana pun APMM tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana kekurangan aset pangkalan dan kurang pegawai dan anggota yang berkemahiran.

Kerajaan telah memutuskan supaya Pangkalan PGM dan aset-aset PGM diserahkan kepada APMM. Pegawai dan anggota PGM diberikan dua pilihan samaada hendak trus kekal di dalam PDRM atau pun menerima opsyen untuk memasuki APMM.

Walau bagaimana pun KDN dan PDRM tetap menegaskan bahawa unit marin amat diperlkukan di dalam mana-mana pasukan polis di dunia yang mempunyai kawasan perairan. Peranan utama PDRM adalah mengawal keselamatan Dalam Negeri, menjaga keselamatan dan kesejahteraan awam, dan penguatkuasaan undang-undang. Untuk melaksanakan tugas ini kita perlu ada unit marin.

Oleh itu TPM telah mengarahkan satu jawatan kuasa teknikal yang diketuai oleh KSN ditubuhkan untuk membuat perbincangan bagi memutuskan pangkalan mana, bot-bot jenis mana yang akan diserakan kepada APMM dan selebihnya akan terus kekal dalam PDRM. Ini akan diputuskan kemudian.

Oleh demikian saudara-saudara semua bolehlah befikir dari sekarang sama ada hendak terus keka dalam PDRM atau masuk berkhidmat di dalam APMM. Bagi saya, saya telah pun buat keputusan dari awal dahulu, saya akan terus kekal di dalam PDRM kecuali kerajaan mengarahakn saya untuk mengambil alih pucuk pimpinan APMM mungkin saya akan pertimbangkan juga.

Oleh demikian, buat masa ini lupa kan soal itu, apa yang penting ialah kita teruskan perjuangan kita, laksanakan tugas kita dengan lebih mantap dan berkesan. Kita perlu lebih tekun dan aggresif dalam tugas kita membanteras jenayah dan perlanggaran undang-undang. Percayalah walau apa sekali pun, PGM akan tetap terus wujud, tetapi mungkin dengan peranan dan fungsi yang berlainan dan lebih mencabar. Kita sedang merangka rancangan itu. Teruskan perjuangan, tunjukkan kepada negara dan dunia, kita sememangnya berwibawa dan perkasa, bukan hanya setakat telah wujud lebih 60 tahun sahaja, tetapi benar-benar boleh memberikan menafaat kepada bangsa dan negara. Sekian wassalam.
by: isa munir isa

credit: Last Line Of Defence

p/s: bersambung..

Pasukan Gerakan Marin [Part 2]

tadi aku dah post pasal Pasukan Gerakan Marin utk part 1..
skarang nih aku akan ceritakan pasal peranan pasukan ni...

salah satu aset PGM


PDRM berhasrat untuk menjadikan PGM lebih menepati keperluan pasukan. Peranan PGM yang sedia ada dikekalkan dan diperluaskan. Peranan baru adalah melaksanakan tugas kawalan keselamatan dan mencegah jenayah di daratan. Di kawasan pulau, tasik juga sungai yang mempunyai penduduk dan kepentingan negara, di antaranya:-
  • Memelihara undang-undang dan ketenteraman awam di perairan negara termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan, sungai-sungai dan juga tasik-tasik dan Empangan Hydro negara serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga;
  • Menjaga keamanan dan keselamatan di perairan termasuk pulau-pulau, sungai-sungai yang berpenduduk dan juga tasik-tasik kawasan pelancongan dan "hidro";
  • Menjalankan tugas operasi mencegah serta mengesan jenayah di perairan wilayah negara, termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, sungai-sungai, pelabuhan-pelabuhan dan juga tasik-tasik bagi melaksanakan kehendak Kanun Prosedur Jenayah (Akta 953)
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang melakukan jenayah dan perlanggaran undang-undang di perairan Malaysia termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, sungai-sungai, pelabuhan-pelabuhan dan juga tasik-tasik bagi tujuan melaksanakan kehendak Akta Polis 1967;
  • Mengumpul semua risikan berkaitan keselamatan di kawasan perairan negara termasuk pulau-pulau yang berpenduduk , sungai-sungai, pelabuhan-pelabuhan dan juga tasik-tasik yang berpenduduk dan menyalurkan kepada Ketua Polis Daerah untuk tindakan bersepadu;
  • Mengendalikan tugas pejabat pertanyaan menerima aduan polis (police report), melaksanakan tugas ketua polis balai dan ketua pondok polis bagi balai-balai dan pondok-pondok polis pantai seperti diarahkan oleh Ketua Polis Negara;
  • Menjalankan siasatan jenayah mengikut kehendak Bab xiii Kanun Prosedur Jenayah bagi kes-kes yang berlaku di perairan Malaysia termasuk pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan, kawasan di persisiran pantai negara, sungai-sungai dan juga tasik-tasik yang dilaporkan kepada PDRM;
  • Melaksanakan tugas-tugas pencegahan mengikut peruntukan Bab xii Kanun Prosedur Jenayah (Akta 539), di perairan wilayah negara, pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan, kawasan di persisiran pantai negara, sungai-sungai dan juga tasik-tasik;
  • Menjalankan Siasatan Forensik bawah air dan dasar laut bagi mengumpulkan bahan bukti di dalam siasatan kes-kes jenayah bagi PGM dan juga lain-lain cawangan di dalam PDRM untuk pendakwaan di Mahkamah;
  • Mewujudkan sistem kepolisan masyarakat untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan penduduk-penduduk di persisiran pantai, pulau-pulau, pelabuhan-pelabuhan, sungai-sungai dan tasik-tasik;
  • Mengendalikan siasatan di bawah undang-undang pencegahan jenayah (crime preventive law) terhadap individu dan sindiket yang terlibat dengan aktiviti haram yang tidak dapat dibuat pendakwaan di Mahkamah Jenayah;
  • Membuat tugas rondaan mencegah jenayah secara berjalan kaki (foot patrol) di pulau-pulau dan di daratan pantai-pantai bagi tujuan mencegah jenayah dan mengawal ketenteraman awam;
  • Mencegah dan menyuraikan rusuhan bagi menjaga ketenteraman awam jika berlaku di perairan dan daratan pantai negara termasuk di pulau-pulau yang berpenduduk, pelabuhan-pelabuhan sungai-sungai dan tasik-tasik apabila diperlukan;
  • Menubuhkan Unit Gempur Marin (UNGERIN) bertujuan sebagai 'first responder' bagi menangani jenayah atau keganasan samada di daratan mahupun di perairan;
  • Mengambil langkah proaktif melaksanakan beberapa kaedah peningkatan perkhidmatan dengan menyusun semula sektor rondaan di laut kepada 156 sektor yang dibahagikan kepada dua lapisan, iaitu 'inner cordon' (jaraknya sejauh 5 batu nautika dari pantai dan 'outer cordon' (jaraknya antara 5 hingga 12 batu nautika dari pantai);
  • Mengiringi dan menjaga keselamatan VVIP yang menggunakan laluan air;
  • Mengiringi peti undi pilihan raya di Kawasan Pilihanraya yang hanya boleh melalui jalan air; dan
  • Menjalankan siasatan laporan mati mengejut (sudden death report) yang berlaku di kawasan perairan negara, pulau-pulau, pelabuhan-pelabuhan, sungai-sungai, tasik-tasik.
Pasukan Gerakan Marin adalah satu unsur penting diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) yang bertanggungjawab sebagai pasukan bertindak pertama (first line response unit) untuk menghadapi apa juga bentuk ancaman di perairan wilayah negara termasuk sungai-sungai, tasik-tasik, dan juga pelabuhan-pelabuhan negara, di mana tindakan polis adalah diperlukan.

p/s: sumber wikipedia

Pasukan Gerakan Marin [Part 1]

hari ni aku nak wat pos pasal salah satu entiti pasukan Polis DiRaja Malaysia..
ye la kan, xkan la hari2 nak post pasal cinta cintun...
boring la mcm tu...
atleast korang yg baca pasal entry ni tau serba sedikit pasal salah satu entiti yang berada di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia...
nih serba sedikit pasal sejarah Pasukan Gerakan Marin...


Pasukan Gerakan Marin ditubuhkan sebagai Pasukan Polis Marin di Pulau Pinang pada tahun 1947 dengan jumlah keanggotaan seramai 90 pegawai dan anggota dan 19 buah bot laju, sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan (kini Tentera Laut Diraja Malaysia yang ketika itu masih di bawah pengaruh British). PPM ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir laut, khasnya lanun dan pendatang asing tanpa izin serta mencegah penyeludupan dari laut. Peranan PPM pada ketika itu terhad kepada aktiviti pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Johor dan kawasan Pelabuhan Pulau Pinang sahaja.

PPM telah melalui pelbagai proses pembaharuan dan pembesaran sama ada daripada aspek fungsi, peranan tanggungjawab, infrastruktur mahu pun kemudahan logistik. Pada tahun 1960-an, pembesaran PPM amat ketara dengan penambahan 40 buah bot ronda kelas PX (kayu) dan penambahan bilangan anggota. Pada tahun 1970-an kajian pembesaran PPM diluluskan sejajar dengan pewartaan Zon Ekonomi Ekslusif Negara. Justeru itu bilangan bot dan anggota turut ditambah iaitu ronda kelas PX (besi) dan 15 bot ronda kelas PZ. PPM turut memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih luas serta mencabar seperti mencegah dan membanteras kemasukan pendatang haram, pencemaran laut, pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing, penyeludupan dan kegiatan jenayah rompak. Perubahan dan pembaharuan yang dilakukan adalah semata-mata untuk menjadikan PPM sentiasa relevan dengan keadaan semasa demi menjamin keselamatan, ketenteraman dan keamanan masyarakat maritim khususnya dan kedaulatan perairan negara amnya.

Pada 24 November 2008, kemudahan infrastruktur serta sumber tenaga manusianya di mana sebanyak 41 buah Pangkalan Marin di seluruh negara telah ditambah fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawabnya menjadi Balai Polis Pantai dan Pondok Polis Pantai yang mana peranan dan fungsinya seperti sebuah balai dan pondok polis biasa.

Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.

Pada 6 Februari 2009 bertempat di Pusat Latihan Marin Tampoi, Johor, majlis pengistiharan penukaran nama Pasukan Polis Marin kepada Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah disempurnakan oleh Dato' Seri Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, bekas Menteri Dalam Negeri.

p/s: sumber dari wikipedia

Monday, February 14, 2011

mari belajar menaip..

haa.. hari ni aku nak ajar korang menaip la..
senang je... xsusah pun...
tp aku ambik time blajar menaip satu sem je..
blaja menaip ni wajib utk cos aku...
menurut mdm yg ajar aku menaip nih senang je...
mula2 korang kena lihat pada keyboard korang...
kat huruf "F" dan "J" tu ada tanda kan...
huruf ASDF tu merupakan homekey utk jari belah tangan kiri...
huruh JKL dan semi colon pula homekey utk jari belah kanan...

contoh nih..


macam yg korang tgk kat diagram kat atas tu, ibu jari hanya utk spacebar... ibu jari kanan je yang digunakan utk menekan spacebar sbnrnya..
yg belah kiri hanya "rest" kat atas spacebar...
susunan jari ikut warna seperti di atas..
contohnya warna hijau tu..
homekey dia ialah F...
maksudnya kawan utk huruf F ialah G,V,B,R,T dan no 4&5..
rujuk gambar utk memudahkn korang...
utk jari yang lain pulak pun ada pasang masing2....

selain itu, benda wajib utk blaja typing nih ialah cara duduk...
kalau korang duduk cara malas susah ckit la nak menaip...
kena duduk mcm biasa dlm keadaan selesa..
tulang belakang mesti lurus..
cara duduk paling sesuai mcm gbr kat bwah...

posisi betul


mata tu kena menghadap teks yg hendak d taip, bkn tgk monitor atau keyboard...
kalau nak belajar kat tempat tuition pun boleh..
nak blajar sendiri pun boleh..
korang boleh download software nih.. klik
kalau x faham jgn malu bertanya...

credit: images from google

p/s:blaja taip mcm makan kacang je..heee

halamakk..

haha.. gagap2.. nerveos la tu..
bkn apa.. sje je bikin kecoh ckit..
heee..
aku nih mlm mmg ngantok..
tp dh masuk pukul 1-2 camtu segar balek..
pesal ahh??
korang tau x sebab apa??
ke aku nih dh boleh d kategorikan sebagai seorng yg menghidap insomia..?


aku ke nih??


oh.. tidakkk...
tolong la jangan.... heee
ni mungkin sebab aku salu sangat berjaga malam kot..
kalau kerja jadi jaga xpe la jugak..
aiyokkk...
puncanya mungkin sbb aku ni gemor sgt menghadap lappy..
daya tarikan kuat sangat kott...
heee...
online sampai ke pg bkn wat pe pun.. adoiii..
ke dota yg buat aku jadi camnih??
argghh.. tu aku xnak ambik tau..
yg penting otak leh pakai lg..
jgn jadi tabiat sudah...
kat umah awal lak tdo..
pelik kan... tp ni la kenyataan..
haha...


kau harus bertanggungjawab dota


p/s: tlg la nasihat kawanmu ini.. yeah..

rindula...

huaa... blog aku dah terabai...
dh bersarang2 dh labah2 kat cni...
lme la x bukak blog...
kwan2 sume apa kabar??
sy sehat je la..
huhu...
sbnr nya bkn sy xnak bukak blog nih...
tp line slow sangat..
nak wat BW pun susah..
asyik2 nak kena refresh je....
dah tanggal2 dah button mouse aku tu...
hee...
semalam bru format lappy nih...
meragam lak dye masuk win 7...
last2 aku tuka blek pg win XP...
maklum la lappy aku ni dr zaman batu dulu..
nk kata terlalu outdated x la jugak...
tp stakat nak layan dota tu boleh la...
semalam la hari yang paling adventurous dlm hidup aku nih...
bkn apa kwn2...
semalam aku sendiri yang format lappy aku ini..
ye la kan.. nak anta kedai mahal...
last2 aku bli je cd OS ciplak kat kedai.
RM 8 je satu... yg latest punye...
dh la aku format nih xmintak ajar org pun..
aku bce je kat tutorial kat tenet... bkn nak riak..
tp kdg2 tu sesuatu masalah kena la carik jln penyelesaian sendiri kan..
kalau asyik mintak tolong org je, sampai bila kt nak maju...
ehh2... ape aku taip nih.??
korang layan je la..
byee....

p/s: nak format jumpe aku... harga leh "kowtim".. hehe

Friday, February 11, 2011

hari ini dalam sejarah..

korang tau x hari ini hari apa??
ye betol.. hari ni hari jumaat...
penghulu segala hari..
tp korang tau x apa yg terjadi pada hari ni?
sapa tau angkat kening mcm ziana zain..
hehe.. sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ziana zain pun..
aku nak cerita pasal org tua nih...
"THOMAS EDISON"
korang kenal x sape org nih??
ni la org yang telah banyak menyumbang utk kemajuan dunia...
terutama skali benda utk menerangi rumah kita.. iaitu bulb atau lampu...


ni la orangnya



nama sebenar Thomas Edison ialah Thomas Alva Edison...
beliau dilahirkan pada Februari 11,1847 di Milan, Ohio..
tp beliau telah dibesarkan di Port Huron, Michigan...
beliau nih anak bongsu drpd 7 orang adik beradik...
anak manja la nih..
haha....
Thomas Edison telah berkahwin dengan Mary Stilwell pd Dec 25,1871....
kahwin hari krismas lagi...
kelas gituu.. heee..
beliau nih telah dikurniakan 3 orng anak...
tp xkekal lama..
Mary meninggal n Thomas kawen lain..

kerjaya Thomas ialah sebagai Telegraph Operator...
kalau kat zaman sekarang nih kira macam kerja dengan telekom la...
semasa beliau nih tengah berkhidmat sebagai T.O nih, dia ada mencipta satu benda...
Phonograph nama di beri...
kalau xtau apa phonograph tu search je kat google..
tp zaman skarang panggil pemain piring hitam...
ala.. macam discjockey la..
selain tu beliau juga ada cipta motion picture camera dan electric light bulb..
kira beliau pencipta yang berjaya la jugak..



bersama phonograph ciptaanya



aku dapat cerita serba sikit je pasal Thomas Edison nih..
sebab aku nak pg kelas dan aku belom tdo lagi la...
kalau korang nak tau lebih lanjut, korang klik je kat cni...
harap aku dapt share something new dgn korang..
sharing is caring kan..
hehe..

sumber : wikipedia 

p/s: ilmu jangan disimpan, makin diluah makin banyak kita dapat..

-__-''

salam semua..
xsangka dah sampai hari jumaat kan...
masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari...
pejam celik2 dah sampai hari jumaat....
dah nak abis seminggu ni apa je la yang aku dah buat??
hemph.. rasa macam kosong je...
langsung xbuat apa2 selain dr pg kelas dan blogwalking...
ingat start besok nak study...
ada quiz la pulak..
nak kena cover 3 chapter lak tuh...
huhu...
tp kan aku ada perasan something pasal kehidupan sebagai seorang student nih..
student lebih banyak menghabiskan masa utk menghadap laptop drpd menghadap buku..
ini memang betul la jugak...
kalau dah nak quiz ke test ke baru la kelam kabut nak baca note...
kalau yang otak memang bergeliga tu xpe la jugak...
kalau dah yg jenis malas tu menghabiskan bogheh yo...
haha...
tapi tu bukan semua la...
slain tu student pun banyak menghabiskn duit..
aku sendiri pun heran...
dlm seminggu pun byk jugak la duit d belanjakan...
benda nih termasuk aku skali la jugak..
harapkan duit pt tuh aku rasa sampai hujung bulan ni je mampu bertahan..
nasib baek aku leh saving duit ckit...
nak mintak ngan bapak aku mesti merah telinga kena sound..
hehe..
kalau boleh aku nak buat business topup nih...
tp aku x yakin sangat la promo yang d buat dgn blog tu..
ada satu blog tu aku baca pasal business nih..
nak tengok komen tp haram..
satu komen pun takdak....
was2 la pulak aku..
kalau boleh ada org yang meyakinkan aku...
baru la yakin ckit aku nak melabur..
t x pasal2 hangus duit makan utk seminggu...
korang kalau ada pengalaman bg tau la kat aku...
nak suruh aku jadi kaki pun xpe..
asal kan income masuk....
kalau seminggu dh leh cover balek modal tu mmg best..
lagi la aku suka...
tp korang mesti tunjuk bukti yg korang ni mmg ejen jual topup..
kaki kelentong aku xnak layan ok...


boleh pakai ke x??



p/s: kalau ada business lain g tau je la... MLM xnak ok...

Tuesday, February 8, 2011

arggh..

malasnye...
pukul 8 nanti dah nak pegi kelas la..
skarang dah nak masuk jam 2 pagi..
aku x tdo2 lagi..
bru je lepas layan cte hantu mak limah balik rumah...
best jugak la cte nih..
ada unsur2 lawak ckit..
paling lawak bab imuda lari dari hantu tu..
pecah perut gelak sorang2...

ingat nak layan movie seround lg...
tp dah lewat sangat...
maklum la aku nih jenis yang suka terlajak tdo..
tp kadang2 je la..
dah la pg2 menghadap buku account, lepas tu ob, lepas tu pulak law..
sib baik kelas sampai pukul 1 je.. petang leh la lepak cni kan..
kelas aku hari selasa je banyak..
hari rabu, khamis dan jumaat satu kelas je..

hehe..
dh tiba time utk tdo..
gudnite...
aktiviti blog walking akan dijalankan selepas aku habis kelas...
byee....

Monday, February 7, 2011

asal usul blogku ini..

salam semua kawan2... hehe
entry kali ni pasal sejarah terjadinya blog ku ini...
URL diberi http://perpatihkenyalang.blogspot.com/.....
sebenarnya dah agak lama blog aku ni wujud...
tp bru aktif semenjak dua menjak nih...

pada mulanya aku buat blog nih sebagai satu asignment...
subjek OMT 155 INTERPERSONAL COMMUNICATION...
entry yang asal hanyalah sebahagian dari subjek pembelajaran...
kerana subjek ni jugak la aku terpaksa ambil 2 kali.. hehe (korang paham2 je la)
tapi akhirnya lulus jugak..

tp skarang ni aku buat entry blog ni sbb aku minat..
kadang2 lepas menulis rasa tenang je.. bkn semata2 utk duit ok.. hehe (yeke)
mesti korang heran kan pesal aku letak nama perpatihkenyalang sebagai aku punya domain name...
perpatih tu sebenarnya aku ambik dari adat perpatih...
adat yang diamalkan di naning dan negeri sembilan..
nak tau sebab apa?? sebab abah aku orang negeri sembilan...
kenyalang tu pulak di ambil dari Sarawak Bumi Kenyalang....
dan sbb kenyalang d ambil sebab emak aku orang Sarawak...
kira aku nih mix la...

hehe... tu je la serba sedikit pasal blog aku nih...
kalau korang nak pegi blog lecturer aku pun boleh...
klik je kat cni...
ktorang panggil mdm su je...
hehe.. thnks sbb sudi baca n comment...

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI



tadi saya jalan2 kat blog kawan saya... terjumpa lak entry pasal nih... berminat gak nak join.. abg ben sy budak baru ok...

"SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??"

anda nak jugak.... tekan je kat cni....

trimas...

hujung minggu menjelma lagi..

salam semua...
untuk pengetahuan hari ini hari ahad..
06 Februari 2011... minggu ke-5 untuk tahun 2011..
aku sperti biasa akan bangun pagi... haha..
kalau xbgn2 lg tu paham2 je la..

selepas je bangun pagi aku terus menghadap lappy..
dan start dari situ la permulaan hujung minggu dalam hidup aku..
ye.. waktu nih blom ada quiz atau test lagi..
so boleh la bangun dan online...
kalau ada quiz atau test pun mmg harapan la nak bukak buku..
haha...

seperti biasa, facebook akan menjadi tumpuan utama...
hati gembira pabila melihat angka pada notification...
mne tau kot2 ada peminat yang post something kat wall aku...
lepas je aku tengok n reply bendalah kat facebook, aku pun terus on ym..
untuk pengetahuan korang, ym nih Yahoo Messenger..
salah satu alat komunikasi via internet...
nak donlod ym kat cni...
kalau korang bosan2.. leh la kita chat.. nak id aku comment je entry nih..



ku tak pernah jemu dengan mu



lepas on ym dan tiada siapa di situ, aku pun akan bukak page lain..
page nih ade unsur military ckit..
aku minat pasal dunia ketenteraan nih...
Panggilan Pertiwi nama diberi....
kalau korng nak jadi member kat forum ni pun boleh..
Panggilan Pertiwi pun dah ada server baru..
kalau korang nak join server baru pun boleh.. klik je kat cni...
topik hangat kat Panggilan Pertiwi ialah pasal kejadian rusuhan kat mesir..
nak baca klik cni...

lepas je habis explore Panggilan Pertiwi aku terus bukak Cari Forum..
yang ni pun sejenis forum jugak mcm Panggilan Pertiwi...
Cari Forum nih lain ckit dari Panggilan Pertiwi sebab Cari Forum ni universal ckit...
korang boleh cari apa2 je kat Cari Forum nih termasuk pasal blog...



home of the brave



lepas je godek2 kat Cari Forum aku terus je search apa yang aku nak search...
search punya search aku terjumpa la blog mantan PM kita...
Tun Dr. Mahathir... mmg respek la kat tun...
dah pencen pun masih lagi menyumbang bakti untuk negara...
ada satu entry yang menarik minat aku untuk membaca kat cni...
entry pasal kegagalan Tun..
nak tau klik je kat cni...


berinfomasi



tu je la yang aku salu buat kalau aku online di hujung minggu..
korang pulak macam mana??
share la benda2 yang best utk aku..
thanks...

bosan niyh...

huarghh......
mengantok la...
bru sampai kampus ptg tadi...
langsung xde rehat..
kesian saya kan...
ingat nak post entry baru tadi...
tapi sy mementingkan tido ye...
nanti lebam pulak bijik mata mcm org tuh... hehe...
besok je la aku post entry baru..
morning sume..

Friday, February 4, 2011

Happy Chinese NewYear

alamak kawan2....
aku wish nih dah terlambat sehari la...
huhu.. sory la.. bru je topup broadband nih ptg tadi..
ptg tdi buzy la pulak...
hehe.



singa menari nih sumbangan google


cuti dah nak abis...
ari sabtu ni 'terpaksa' blek U.. hehe
huh... slow pulak line kat umah aku nih...
kalau celcom laju nak mampus...
tp agak2 la jugak..



comel macam aku kan...


halamak...
aku melalut la sampai lupa nak wish...
hehe..
dengan ini, Saya, tuan empunya blog yg x seberapa nih,
ingin mengucapkn Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bloggers,
n kepada follower yg sudi mem'follow' sy.. heee

p/s: ada orang nak bagi aku angpow x??